-->

Total Pageviews

Pages

Letak 'adf.ly' di blog anda dan dapatkan $5 untuk setiap 10k pengunjung http://adf.ly/?id=1046044

Monday, August 4, 2014

367 Maut Akibat Gempa Bumi di Yunnan China

Foto
PANDANGAN dari atas menunjukkan rumah yang musnah dalam gempa bumi kuat di wilayah Yunnan di selatan China, semalam. - Foto Reuters
BEIJING: Gempa bumi kuat di wilayah Yunnan di selatan China menumbangkan ribuan rumah semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya 367 orang terbunuh dan lebih 1,800 orang cedera.

Kira-kira 12,000 runtuh di Ludian, kawasan berpendudukan tinggi yang terletak kira-kira 366 kilometer di timur laut ibu negeri Yunnan, Kunming, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua. 


Gempa dengan ukuran skala richter 6.1 itu berlaku pada jam 4.30 petang pada kadar kedalaman 10 kilometer, menurut Kajian Geologikal Amerika Syarikat. Pusat gempa berkenaan adalah di kawasan perbandaran Longtoushan, 23 kilomter di barat daya bandaraya Zhaotong. 

Ma Liya, penduduk Zhaotong memberitahu Xinhua, jalan raya di bandar raya berkenaan adalah “seperti medan pertempuran selepas dibom”. 

Rumah jirannya, bangunan dua tingkat, roboh sama sekali dan beliau menyifatkan gempa itu sebagai terburuk yang berlaku selepas gempa bumi dua tahun lalu yang mengorbankan 81 orang. 

Xinhua melaporkan sekurang-kurangnya 367 orang maut dalam gempa itu, dengan 1,881 mengalami kecederaan. Kebanyakan kematian, iaitu 357, berlaku di Zhaotong manakala 10 orang lagi yang maut adalah dari bandaraya Quijing, kata Xinhua. - AP

source: www.bharian.com.my

Entri lain yang menarik

0 comments:

Post a Comment

Entri Terbaik dari Blog Lain